10:19:00 PTG

IFTITAH & OBJECTIVE PERSEPSI

Iftitah Persepsi

Penubuhan saf kepimpinan Persatuan Siswa-Siswi Akademi Pengajian Islam (PERSEPSI) merupakan perintis bagi siswa-siswi API agar lebih maju ke hadapan.

Ianya telah ditubuhkan pada 10 Januari 1997. Penubuhan persatuan ini pada mulanya menggunakan nama ISMAS atau Persatuan Pengajian, namun telah ditukarkan kepada PERSEPSI bermula pada penggal kedua sesi 1998/99.

Persatuan ini kini diterajuai seramai empat belas orang ahli Majlis Tertinggi yang telah dipilih oleh siswa-siswi FPI sendiri melalui pilihan raya fakulti yang dipertandingkan setiap tahun di kolej ini. Jawatan-jawatan yang dipertandingkan adalah Yang Dipertua (YDP), Timbalan Yang Dipertua (TYDP), Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari serta lapan orang exco di bawahnya.

InsyaAllah, organisasi yang dibentuk ini mampu menjana pembentukan dan kecemerlangan PERSEPSI khasnya dan KUIM secara amnya ke arah sebuah organisasi berwibawa dan mampu menangkis segala cabaran yang datang berteraskan al-Quran dan sunnah.

Objektif Persepsi

  1. Menjaga kebajikan dan merapatkan silaturrahim dalam kalangan ahli-ahli persatuan.
  2. Merencana dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan siswa-siswi API.
  3. Peka dan prihatin terhadap perubahan dan perkara-perkara yang berlaku khasnya di API.
  4. Melahirkan siswa-siswi yang berkebolehan serta berdaya saing untuk membangunkan API.
  5. Membentuk pemimpin yang berkarisma serta mempunyai fikrah Islamiyyah yang mampu menangani isu-isu semasa.
  6. Membantu Akademi dan menjadi perantara antara pihak pengurusan Akademi dengan siswa-siswi API.


Learning how to make your own website

Assalammualaikum..bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari bagaimana membuat laman web samaada berbayar atau percuma hosting dan domain nya,sila email saya...

docitis24@gmail.com

Kita akan mengadakan forum terbuka serta berbincang dengan lanjut dan mendalam akan datang..so for those interested in making your own website or blog,beside making side income (just for part time) for student or full time , and have a lot of enquiries,please don't hesitate to contact me.. thank you..

SalaM Ukhuwah....


10:15:00 PTG

VISI AND MISI

VISI API

Membantu melahirkan pelajar yang berilmu dan memiliki sahsiah diri yang cemerlang dan gemilang.

MISI API

Mendidik dan membimbing pelajar dengan ilmu yang berteraskan disiplin duniawi dan ukhrawi dalam menghadapi cabaran globalisasi kini.

9:12:00 PTG

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

Akademi Pengajian Islam (API) kini beroperasi dengan menawarkan lima diploma dan satu Ijazah Sarjana Muda iaitu Diploma Pengurusan Dan Pentadbiran Islam (DPPI), Diploma Pengajian Islam Dengan Pembangunan Sumber Manusia (DPSM), Diploma Kaunseling (DPIK), Diploma Undang-undang Dan Syariah (DUUS)dan Diploma Kewangan Syariah (DKS) serta Ijazah Sarjana Muda Psikologi Islam.

9:10:00 PTG

VISI KUIM

Melaksanakan usaha pendidikan dan pengembangan jalinan ilmu duniawi dan ukhrawi, latihan dan kemahiran berteknologi serta penyelidikan dan pembangunan sumber manausia berwadah Islam.

9:01:00 PTG

OBJEKTIF KUIM

  1. Melahirkan generasi muslim yang berilmu dan bertaqwa dalam menyebarkan ajaran Islam berpaksikan al-Quran dan sunnah.
  2. Melaksanakan dan mentarbiyyahkan pelbagai ilmu berteraskan Islam.
  3. Melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan dan kebolehan dalam pelbagai bidang pengajian Islam, sains, teknologi, sains sosial dan ilmu-ilmu terkini.
  4. Membina generasi yang memiliki daya ketahanan diri dalam menangani cabaran semasa dan peka dengan realiti zaman mendatang.
  5. Mewujudkan golongan ilmuan berwibawa yang sentiasa mensyukuri nikmat dan rahmat Allah. 6. Menyokong dan membantu negara melaksana dan merealisasikan Dasar Pendidikan Negara.

8:58:00 PTG

MISI KUIM

Untuk menjadi sebuah Pusat Pengajian Tinggi yang unggul dan cemerlang dalam pengajian yang berteraskan Islam.

8:35:00 PTG

SEJARAH KOLEJ TEKNOLOGI ISLAM ANTARABANGSA MELAKA


Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) dahulunya dikenali sebagai Kolej Islam Melaka yang ditubuhkan pada tahun 1994, telah memperkenalkan satu dimensi baru pendidikan Islam dengan menerapkan Pengajian Islam dalam semua program akademik yang ditawarkan.

Hal ini bertujuan bagi melahirkan para pelajar berjiwa Islam yang memiliki ilmu-ilmu wadi’e dan sentiasa komited dalam memenuhi keperluan sumber tenaga manusia di negara ini, lantas mewarnai perkembangan pendidikan kebangsaan.


KTIAM merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi milik penuh kerajaan negeri Melaka. Perkembangannya adalah ekoran daripada cadangan pihak kerajaan negeri Melaka untuk menaik taraf madrasah Darul Falah di Kuala Sungai Baru kepada sebuak kolej islam.

Kolej ini memulakan operasi pada 30 Jun 1994 dengan menyewa di Bangunan MARA Alor Gajah, Melaka dan Fakulti Pengurusan Perniagaan telah ditempatkan di sini. Pada awal Januari 1996, Kampus Fakulti Kejururawatan telah ditubuhkan dan ditempatkan di Bangunan Graha Patriotika, Tanjung Kling, Melaka yang dikenali sebagai Kampus Tanjung.

Manakala kampus cawangan Fakulti Pengajian Islam pula telah ditubuhkan pada Julai 1996 dan ditempatkan bersebelahan kampus kejururawatan sebelum ianya dipindahkan ke bangunan yang terletak di Taman Melor, Kuala Sungai Baru, Melaka.

Selanjutnya, KTIAM terus memperluaskan misi gedung ilmunya dengan menubuhkan Fakulti Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan yang kini dikenali sebagai Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan ditempatkan di Kampus Tanjung, Tanjung Kling, Melaka. Namun, dengan keprihatinan kerajaan negeri Melaka, maka KTIAM kini telah ditempatkan ke sebuah kawasan khusus di Kuala Sungai Baru. Semua kampus fakulti dan pentadbiran KTIAM telah berpindah ke sini dalam bulan Mei 1999. Kini, KTIAM telah mempunyai tujuh fakulti termasuk fakulti Sains Dan Teknologi dan Kuliyyah Al-Dirasat Al-Islamiyyah Wal-Arabiyyah yang menyediakan program-program diploma dan sijil dalam pelbagai bidang.

Tertubuhnya Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) sesungguhnya akan dapat menampung keperluan pembelajaran peringkat tinggi bagi mereka yang gagal menempatkan diri di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Dengan ini, diharapkan KTIAM dapat menjadi pemangkin bagi mengembalikan kegemilangan Melaka sebagai sebuah pusat pengembangan ilmu dan dakwah Islamiyyah seperti suatu masa dahulu.
More information...